Tuesday, June 9, 2009

a visit to TERENGGANU...v3

pantai yang cantik

wif kiddies =D


kak LENI & I


kak Ely & I









a visit to TERENGGANU...v2

destinasi utama sampai je kat Terengganu
ialah PULAU KAPAS...
and xtiviti yg aku join-SNORKELING & MENCANDAT SOTONG...
tapi time snorkeling xpat amik gambar..
sayang sungguh..
tp tulah 1st time aku snorkeling..
sonok kawan2...try larr...
jumpe obor2, ikan nemo, ikan cantik..ahax
kat bawah ni gambar masa mencandat sotong..
tired but full of fun =)
pergi petang balik malam..
masa ni lah aku merasakan kepayahan
dan penat lelahnya sorang nelayan...
so enjoy diz pics =D



mabuk laut ke??!! =P




pergh...dapat 2 sekali




orang pertama yang 'menaikkan' sotong



gaya 'terlebey suda'



pengetua pun happy je...



inilah 'rezeki' kami...sotong bakar!~




aku pun 'terer' taw..org kedua banyak dapat hasil


senja di atas kapal










Friday, June 5, 2009

a visit to TERENGGANU...v1


Masjid Kristal

Laluan masuk




Pintu masuk


Sinaran memancar

Kak Yan+Me+Kak Ina












im back 2 blogging ~

yuhuu...
lamenya tak blogging..
since i went to terengganu last sunday,
and arrived on tuesday,
n then went to 'jalan-jalan' wif my students...
n then 'jalan-jalan' lagi...
hu2...
lastly yesterday my dad brought us to
'makan-makan' at Bagan Lalang...
"Belanja orang dapat 1st class degree" he said...
he2...but today my stomach was very painful...
ive got bellyache...aduhs....
ok la..stop blabbering...
i wanna post my pics after diz...
dun 4get 2 leave ur comment!~

Friday, May 29, 2009

(Gambar) Si Kembar Comel anaknya Ricky Martin

mak aih, besonye menguap...
like father like son

memang kuat tido btul sowang tu




tomeiii...... (smile to who?)


cantiknye bilik baby die (xmcam bilik baby)


(Gambar) Bila Eizlan Yusof ‘Show Off’ Zaara




eh2..sape ni? cumeinya...


Hehehe. Nama die Zaara-anak kepada pasangan bahagia Eizlan Yusof dan isteri. Ala, pasangan yang berlakon dalam iklan produk hidung tersumbat tu. Hehehe.




Selamat Hari Jadi, Zaara comel!






(PANAS) akhirnya...akil khayy & waheeda kantoi

Akhirnya kantoi! Perhubungan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang digembar-gemburkan media selama ini semakin lama semakin jelas bila Harian Metro hari ini mendedahkan mengenai pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal. Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda!! Berikut kami paparkan keratan dari akhbar Harian Metro hari ini (25 May 2009).


KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.
Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.
Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.
Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.
Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.
Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.
Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.
“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.
“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.
“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.
Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.
“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.
Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.
“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.
Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.