Friday, May 29, 2009

(Gambar) Si Kembar Comel anaknya Ricky Martin

mak aih, besonye menguap...
like father like son

memang kuat tido btul sowang tu




tomeiii...... (smile to who?)


cantiknye bilik baby die (xmcam bilik baby)


(Gambar) Bila Eizlan Yusof ‘Show Off’ Zaara




eh2..sape ni? cumeinya...


Hehehe. Nama die Zaara-anak kepada pasangan bahagia Eizlan Yusof dan isteri. Ala, pasangan yang berlakon dalam iklan produk hidung tersumbat tu. Hehehe.




Selamat Hari Jadi, Zaara comel!






(PANAS) akhirnya...akil khayy & waheeda kantoi

Akhirnya kantoi! Perhubungan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang digembar-gemburkan media selama ini semakin lama semakin jelas bila Harian Metro hari ini mendedahkan mengenai pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal. Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda!! Berikut kami paparkan keratan dari akhbar Harian Metro hari ini (25 May 2009).


KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.
“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.
Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.
Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.
Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.
Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.
Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.
Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.
“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.
“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.
“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.
Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.
“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.
Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.
“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.
Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.

(Gambar) Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda Bersama Teman











(PANAS) Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya mengaku mereka adalah suami isteri


SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.


Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.


Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.
“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.


Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.


Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.


“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.
“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra.
Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis…mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.
“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.


“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.


Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.


“Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih ‘drama’. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.


“Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.


“Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.


“Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja,” kata Akhil.


Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk ‘mengiyakan’ kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.


“Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi.

“Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit…lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka,” kata Waheeda.

Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.
“Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan?
“Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu,” kata Akhil.
Tambah Waheeda pula, “Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya minta maaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidak dijadikan isu?”

Wednesday, May 27, 2009

Qadisah Hasanah a.k.a Cha

.: hmm..nilah ank buah tunggal yg mnjadi ksygn sume...so far =D
.: bila la nk de ank buah baru
.: sonok jaga bdak yg kcik agi drpd bdak da beso...haha
.: cha ni masa baby smpaila ke beso, mcm2 pngalaman aku jg die
.: masa die kcik la plg comei, snang nk jaga sbb die xpndai ckp lg
.: ni da pndai ckp, mcm2 la plak die mbebel (mngalahkan org tua)
.: tapi kdg2 gelihati jek
.: pelat 'r', xle sbut yg hjungnye 'ng' (kentang jadi kentam..hu3)
.: skang da 3tahun, cbuk nk g sekolah
.: tgkla kang aku da jd cikgu, aku bwk die gi sekolah,
tgk aku ngajar (gi sekolah la tu, kan?)
.: harap2 da beso, die jadi bdk baik & solehah
amiinnn~

Tuesday, May 26, 2009

buntu....

sumbody pliz help me...
i stil not recover from fever...
n then ive got things 2 do...
owh... i cant even daydream, how come i can think any ideas...

sumone....
help me design school magazine cover...
i already out of idea...
its been a long time im not playing around wit dat PS...
but its not the prob neway...
the matter is....where is the ideas?????

waaaa....................

Majlis kahwin kat Gunung Pulai

+ hmm...bile la turn aku nk jamu nasi minyak ni...ahax~

nyaris-nyaris.....! fuh~

+hari Sabtu yang lepas aku balik rumah kat Batu Pahat
coz hari Ahad nak gi kenduri kat G.Pulai
+agak lama da x balik
+aku nyaris2 kena patuk dgn ular
+alkisahnya aku masuk bilik nak gantung tudung
+n then aku tgk macam ada wayar tkeluar dari frame2 ayat Quran
+so aku yg rajin ni kunun2 nak kemasla wayar yg berselirat tu
+warna memang sbijik macam wayar agipun ular lidi kan halus
+but then aku was2 sbb nape hujungnya tbengkok ke atas
(rupa2nya kpala ular tu da siap nk patuk aku)
+aku pun gtaula ayah n abg aku
+mujurlah aku tak terlampau rajin
ahax!~

ahhh......

sakitnya kepala...
da bape ari ni dmam...
dr ari sabtu aku g knduri sampai la ni...
bukan xbaik lgsung...
tapi kjap panas kjap sjuk...
da macam duduk 2 alam pulak...
aku ni pntang duk diam kt uma...
so that kat uma, aku jadi drebar jek...
padan muka...
da taw cuaca panas...
jemur lagi...
hmm...
skang ni wat i feel?
bengang+buhsan+fed up+sakit pale+bingung...
laaa...simptom penyakit ape tu?...
ntahla...
aduh sakit kepalaku!!!~

Tuesday, May 19, 2009

Can you count the no. of black dot/s?

Three reasons !!!

TEACHER :Give me three reasons why the world is round ?

Pupil : Well my dad says so, my mum says so and you say so !

Tempahan muffin & chocs cake =D

im free rite now
so that
if anyone out there
wanna ask me
to get busy
u can try
to get taste
on my muffin & chocs cake
u will not only get a taste
but also
satisfying =D

ehee~
apa punye promo ntah...
ni la...sape yg nak tempah
muffin coklat [lembut,gebu]
or
chocolate cake [emm..sama gak la..lembut & gebu]
bole la
im coming back to my oven kitchen

text me orait?!~

0127336242

price? negotiable =']

+m happy
+jalan2 main bowling kat Ampang Point
+wit Qadisah & Pacik Op =D
+makan KFC
+jalan2 lagi kt JUSCO
+tengokkan Qadisah melantak main lompat2
+fuh penat
+balik solat, masak and then tgk Qadisa da ttido..cian pnatt
+thanx for sumone =)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, May 16, 2009

Kes pertama H1N1 di Malaysia-cara-cara mengelak jangkitan

Sekarang ni binatang berekor pendek sekali lagi femes...
dulu pasal penternakannya yang berleluasa
yang mengancam penduduk sekitar...
now on...lagi disaster...
selsema babi..
ow dgr selsema mcm biasa jek kan?
tapi boleh membawa maut..uuuuuu~
Penyakit ini juga dikenali sbg H1N1...
Masa zaman gentingnya, penyakit ini menular dgn dasatnya
di luar2 negara...
masa tu aku pikir mungkin balasan Allah untuk mereka2
yang tak sedar diri lagi
tapi .......
Ya Allah...
berita semalam memang mengejutkan...
penyakit tu da sampai kat Malaysia..
sedang dirawat di Hospital Sg Buloh..
dats mean dkat jgk dgn tempat aku...
"Ya Rabbi, lindungilah kami...
sesungguhnya engkau Maha Penyayang
lagi Maha Mengasihani"
.......................................................
Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?
Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin. Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.
Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun. Bagaimana wabak berlaku? Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini, tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru. Virus selesema yang menjadi tumpuan ramai sekarang adalah sejenis virus influenza A H1N1 yang dijangkiti unggas, mamalia tertentu serta manusia.
Perlukah kita bimbangkan ancamannya?
Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global. Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius, biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak yang tercetus pada 1968. Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa. Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia. Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain. Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya menyerang mangsa yang lebih tua.
Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?
Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi dijangkiti bagi tempoh lebih lama.
Simtpom atau gejala?
Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas
Bolehkah virus ini dikawal?
Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.
Cara rawatan dan vaksinnya?
Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.
Bagaimana mengelak jangkitan?
::Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

::Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.
::Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.
::Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.
::Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.
::Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.

SELAMAT HARI GURU!

16 Mei 2009
hari memperingati jasa2 guru kite...
he2...
well, im a teacher too... =)
rmi student msg...ad gak teacher2 seangkatan msg..
antara msg2 they all
berbunyi bgini (gila klasik ayat aku ni)...
GURU
Dalam ajarnya, ada harapan
Dalam tegurnya, ada doa
Dalam marahnya, ada sayang
Dalam tawa, ada mesranya
Dalam tangannya, kita terbina
Dalam diamnya, ada bijaksana
Berbahagialah menjadi guru
SELAMAT HARI GURU!
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Kepada anak muridku, selamilah makna mendalam yang cuba disampaikan, guru marah bukan marah kosong, bukan bermakna dia benci, bukan bermakna dia menyampah, tetapi suatu hari nanti ada gunanya, untuk menjadi insan yang berguna.
Kalau tak caya, look at me...
im an ordinary person...
pernah dimarah oleh cikguku..
its a lie when i said dat im nothing when being scolded...
its a shame...
but i knew now...
if s/he neva done that..
i am not like i am now..
so...
ksimpulannya...
untuk berjaya...
selalu lah kena marah dgn cikgu k?
(what?am i crazy?)ahax!~
to all teachers in d world (malaysia suda)
we must proud to be a teacher
cuz kita taw betapa payah dan peritnya
untuk mendidik insan
tetapi kita tau
kepayahan itulah
yang membuahkan hasil
yang tak ternilai
suatu ketika nanti...
Kita sama2 lah berdoa semoga masyarakat terutamanya ibu bapa
membuka mata
jangan asyik memasang telinga
mendengar fitnah dan tohmahan
tanpa mengetahui
betapa kami
berpenat lelah
menjayakan visi dan misi
dalam membina modal insan
yang berguna
untuk SEMUA...
Jika anda tidak percayakan kami,
kami percayakan anda...
maka,
ambillah buku RANCANGAN MENGAJAR kami
melangkahlah ke alam persekolahan walau sehari
nescaya anda akan turut berempati
dengan apa yang telah kami lalui...
Nak ditangankan anak orang,
silap penangan kena saman,
tak dididik kami disalahkan,
apa lagi yang perlu kami lakukan?
.........................
lastly...
kepada x-guru2ku...
+selamat hari guru!
+maafkan ku kalu dulu ttido,tngumpat,ter..... (kantoi)
+maklumlah.....aku pun insan biasa yang penah mnjadi student...
+ahax!
tapi aku dak baik gak...
sikit jek nakal...
tp xdelah sampai kena marah...
aku kena marah pun sbb cikgu tu jaki
aku asyik dapat no.1 masa kat sek agama dulu
pastu bila dia turunkan aku ke no.2
aku tanyalah dia
"nape saya dapat no.2?"
pastu dia kata
"sekali-sekala biarlah org lain plak.."
sdey =(
cikgu2 dan saya jugak..
marilah kita menyanyikan lagu "KAMI GURU MALAYSIA"..
(dulu aku student, xpenah nk hapal lagu ni)
skang da jd cekgu kenalah hapal...kan???

Thursday, May 7, 2009

dedicate to my students...


my dear students, u noe wat, eating d right stuff can boost ur
mental abilities and pump up ur productivity?
here's some tips 4 u especially for those who'll sitting an exam around the corner =)
....
FOR SHORT-TERM MEMORY
Drink This!: COFFEE
Fresh-brewed joe is the ultimate brain fuel. Caffeine has been shown to retard the aging process and enhance short-term memory performance. In one study, British researchers found that just one cup of coffee helps improve attention and problem-solving skills.
Not That!: ENERGY DRINKS/TOO MUCH COFFEE
Ever heard of the concept “too much of a good thing”?
If you OD on caffeine—too many cups, a jolt of caf from the late afternoon onward, a Red Bull cocktail—it can mess with your shuteye schedule. Sleep is reboot time for your mental computer, and you don’t want to mess with it.
......
TO CALM DOWN
Eat This!: LOW-FAT YOGURT OR MIXED NUTS
Scientists in Slovakia gave people 3 grams each of two amino acids—lysine and arginine—or a placebo, and asked them to deliver a speech. Blood measurements of stress hormones revealed that the amino acid-fortified guys were half as anxious during and after the speech as those who took the placebo. Yogurt is one of the best food sources of lysine; nuts pack loads of arginine.
Not That!: SODA
A study from the American Journal of Public Health found that people who drink 2½ cans of soda daily are three times more likely to be depressed and anxious, compared with those who drink fewer. So Mountain Dew is a Mental Don’t.
....
FOR LONG-TERM MEMORY
Eat This!: BLUEBERRIES
Antioxidants in blueberries help protect the brain from free-radical damage and cut your risk of Alzheimer’s and Parkinson’s diseases. They can also improve cognitive processing (translation: thinking). Wild blueberries, if you can find them, have even more brain-boosting antioxidants than the cultivated variety, so book that vacation in Maine now. The berries will ripen in July.
Not That!: THE UNRIPE AND UNREADY
Here’s a cool tip: if your favorite berries are out of season, buy them frozen. The freezer locks in peak flavor and nutrients, so the berries’ antioxidant capacity is maxed out. Those pale, tough, and expensive off-season berries usually ripen on a truck, rather than on the bush, so they’re nutritional imposters compared to the real thing.For more smart shopping tips, point your grocery cart to THIS story and learn how to pick the most delicious and nutritious while controlling your waistline!
....
TO CONCENTRATE
Eat This!: PEPPERMINT TEA
The scent of peppermint helps you focus and boosts performance, according to researchers. Need to reach Chicago before nightfall, and you’re stuck in traffic around Cleveland? One study found that peppermint makes drivers more alert and less anxious.
Not That!: CANDYSugary foods incite sudden surges of glucose that, in the long term, cause sugar highs and lows, leading to a fuzzy state of mind. So you’ll need to avoid all the attention-busting sugar bombs on this list of the 20 most sugar-packed foods in America.
...

to JJ wit mum & lil sis


Seperti yang dah dijangka

lepas habis praktikal
merupakan CUTI yang menyeronokkan

haha....

jalan2...shopping2...lepak2...

tapi still keja rumah must be finish first....


last Tuesday, my mum ask me

to get some walk a.k.a window shopping

we've headed to JJ Bukit Tinggi

I suggested my mum to

have a taste at Laksa Shack

Mum wanna have a try on Laksa Nyonya Melaka
Me? Laksa asam ....... (huu..i couldnt recall its name)
My sisz preferred Nasi Beriani i tot wit 'rendang ayam'



Nasi Beriani + Rendang ayam


Laksa Nyonya Melaka

Laksa Asam ...... (=

mum's BURFday... =) 6th May 2009

happy birthday my beloved mom!
may Allah bless u always...
i love u so much!!!
thanx 4 alwayz being there when i need u :)

we (my bro, sisz && me) bought 4 mum a handset as a bday gift...
hopefully she'll like it ( seems like she was so happy and xciting-got a big
smile on her face)



Nokia E-series [E63]


Sunday, May 3, 2009

download lagu Tomok-Rindu Terhenti

Tomok becomes the 1st male winner for OIAM in history...
do I admired TOMOK? hu3..not actually..
masa mula2 dapat taw Tomok masuk OIAM,
m thinking "bolehke dia menang?biasa je suara...sengau2.."
and m not watching the OIAM since the 1st season...
so me taktau pape pkmbangan since my sista buka youtube
dan tgk psembahan tomok..
and honestly, im quite amazed
coz tomok is the new TOMOK @ shah indrawan...
suara dia tak sengau dah, n then even suara dia bukan yg paling sdap,
but his performance was so brilliant, and impressed me a lot...
i like the part when he chose the song of Rihanna-Umbrella
and Beyonce-Crazy in LOVE...

try watching this :



view video Tomok-Rindu Terhenti (Final Song)



Lirik Rindu Terhenti

Telahku tinggalkan
memori silam ku itu
tidakku biarkan hidupku
dibelit pilu
walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
yang merundum kalbuku
kasih dulu
ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut dijiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu nanti

walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti


Ku pinggirkan sayu
yang merundum kalbuku
kasih dulu
ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu

Ku lupakan mu jua di sini
sedang kau pergi menjauhi

Ku pinggirkan sayu
yang merundum kalbuku
kasih dulu
ku biar berlalu....

ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu nanti

Biarlah satu nanti....