Friday, September 11, 2009

Apa yang penting dalam sebuah perhubungan?

Jujur
Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

Cinta Terakhir by Aiman

P/s:Lagu ni ad kat music player sebelah ni

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

BAZAR AIDILFITRI PUTRAJAYA

hi guyz...
aku br blk dr mbuang masa..hehe
actually nk release tensen dan kebengkakan mata
so ajak sumone g jalan
kitorg gi bazar aidilfitri kat presint 2..
ops ni bukan bazar Ramadhan yang selalu ada tiap2 petang tu
Aku br tbaca kt paper kelmarin psl bazar ni
jual barang2 utk raya
Macam2 ada
yg MENARIKnya barang2 berjenama dijual pada harga runtuh
baju kemeja PIERRE CARDIN Sale 90%
baju t-shirt kemeja ARNOLD PALMER RM99 jadi RM29
beg tangan POLO
baju dak kecik jenama PONEY RM5-15
yang aku suka tgk coklat2 dan kek lapis
hehe.....
adala org belanja coklat...bentuk bunga kecik2...tomei
macih ye =))
so guys, hurry up!
apa tunggu lagi...
Ahad ni last da (13 Sept 2009)
tapi satu je...parking la jd msalah..
silap hb kena saman...
so BEWARE dgn pak polisi yerr..
dada~

Wednesday, September 9, 2009

GAstrik oo ulser....

aku ada dengar2 org cakap
kalau orang tu taknak pose, alasan yg dey all bagi
"aku gastrik, xleh pose"
tapi sungguh!!! aku kena gastrik ni...tp maybe ulser...
pedih yg amat...
tapi (lagi) aku PUASA!! hehe...
cuma aku takpat nak wat keje sgt
aku cuma dapat TIDO (keje gak tu)
nak wat camne, aku bjalan pun kena bongkok
kalau tak pedih
dapat tido pun alhamdulillah
sbb bila aku nk baring lagi pedih
macam nak meletup perut
Hmmm...apa punca gastrik aku?
bukan sbb perut kosong
tapi sbb aku tgigit cili padi Isnin lepas
masuk hari ni da 3 hari (hari ni Rabu kan?)
aku nekad gak nk gi poliklinik amik ubat
memikirkan esok aku nk gi interview
ni pun pedih amat
nak study pun sikit2 jek (ceh, study)
ayooo...sakitnyeee.... =((
sape nk tlg aku ni...
k la guys...
doakan aku ea (smoga cpat smbuh n bole jawb interview esok)
interview ape? untuk KASTAM =)))
saje gatal2 nk try interview...
busan duk uma tggu posting
SALAM SAYANG utk sume =)

Tuesday, September 8, 2009

Terduduk aku terkejut...

Ya Allah...
makbulkan doaku kali ini
andai dia bukan untukku
Jauhkan dia dari pandangan zahir dan batinku
Lenyapkan segala ingatanku tentangnya
Supaya aku tidak akan terjatuh..terduduk
kerana terkejut...

Ya Allah
kau kuatkanlah hati hambaMU yang sedia rapuh ini
aku tidak bisa menerima pembohongannya lagi
aku benci dengan kata-kata dusta
aku benciiiiiii....

Aku insan yang lemah
Hati aku yang pernah terguris, tercalar
kini Patah terus
Aku ingin pergi
membawa diri
dengan berbekalkan kekuatan dariMU
Ya Allah...

Bagaimana dgn dia?
Ah, persetankan dia....

Biar dia hidup dgn pembohongannya
Dia bahagia begitu
Lagi pula dia bukannya setia seperti yang dicanang-canang

Ya Allah
bimbinglah aku
semoga aku mampu bertemu sinar kebahagian
di hujung perjalanan ini

Jangan menoleh lagi

Jangan menoleh kawan ku!

Biar detik fikir mu kuat terlintas....

dia bukan untuk mu..

Jangan menoleh sahabat ku!

Biar hati mu gusar..

Pejam kan mata biar terus bugar..

Jangan menoleh teman ku!

Biar desir angin membisikkan....

pilihan mu salah mesti dihumban..

Jangan menoleh lagi!

Langkah lah terus ke hadapan..

Yakin lah kata hati biar tanpa kerdipan..

Jangan menoleh kawan ku..

Jangan menoleh sahabat ku..

Jangan menoleh teman ku..

Ya Allah!! Kuatkanlah hati hambaMU yang rawan ini...

Segar pagi ini..
Mata terbuka separuh
Terpedih tiupan bayu pagi
Angin hembus menyinggah ke pipi
Rasa damai sekali kalbu hati
Semalam masalah membukit tinggi
Tangis ku bukan kepalang
Serabut ku bukan teralang
Ku pejamkam mata untuk ku lupakan derita
Malam sementara..
cukup buat ku lampiaskan semua
Pagi ini terbangun lagi
Menyahut panggilan mengadap ilahi
Terapi subuh ku adaptasi
Kekuatan paksi ku sedut jauh membantu hati
Tenangkah aku hari ini?