untuk si dia, papa, mama, kawan-kawan....
Thursday, August 27, 2009
HAMPER RAYA 2009 & TART SPECIAL FOR GIFTS!!
untuk si dia, papa, mama, kawan-kawan....
Wednesday, August 5, 2009
Tips/petua temuduga guru siswazah
so tak salah kalau nak kongsi dengan you all
ujian INSAK ada 135 soalan jawab dalam masa 35 minit
kena jawab cepat-cepat takut tak sempat
kat apsaran dah ada jual buku ujian INSAK
sebijik soalan nyee..
antara yang ditanya dalam temuduga
- isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?
- PIPP - apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan, bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
- 1Malaysia-apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilan sosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan, kesetiaan,....apa beza 1Malaysia dgn Malaysian Malaysia.
- hafal menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran. taktau sape? msg me k =)
- apakah cabaran guru
- simple question-kenapa minat jadi cikgu?
- apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
- siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
- itulah antaranya.....
huhu.......lega!!~ interview paling sempoi..
- ceritakan mengenai diri anda
nama saya..........berasal dari..............tinggal di............
bla..bla...bla...saya minat snorkeling, buat blog... (and then dia menyampuk)
"awak ada blog awak tak?"
dengan bangganya aku menjawab "ada"
dia tanya apa nama blog
wah, lagi bangga aku menjawab "selamat pagi cikgu"
dia kata BAGUS (thumbs up!)
(nasib baik bah dia tak tanya kenapa tak selamat tengah hari ke, selamat petang ke...)
lepas tu dia tanya lagi macam2
"ada letak gambar seksi-seksi tak?"
"post apa dalam blog"
dan soalan2 seterusnya?.....lebih banyak menyembang,
takde pun kena soalan fakta
macam yang calon sebelum kena
sampai diorang pucat nak jawab
last sekali, panel tu cakap "ish saya tak tanya soalan susah kat awak pun"
"ok takpela, saya harap awak jalankan tugas guru dengan baik"
hehe....
dapat ke tidak, wallahualam
yang penting, aku tak nervous langsung
sebab aku boleh bersembang sesuka hati
cerita pasal bapa aku, batu pahat, tongkang pecah, tempat nak naik feri ke indonesia,
dia tanya ada pengalaman mengajar tak, last sekali bila dah nak habis, dia suruh teka
diorang orang negeri mana
ceh....
mission completed!!!