Tuesday, June 30, 2009

Award dari fiq

yeay dapat award
and yeay again
cuz nama i kat snarai teratas (perasan)
thanx to fiq
appreciate it so much
syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
♥ letakkan logo award ini di blog anda. [done]
♥ anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
~bie (of course)
~shasha
~norul
~mrBREAD
~kotak hati
~shazwan
~munchielovea
~kiwibulan
~sHaH
~iladelarosa
♥ pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.[done]
♥ informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
[done]
♥ berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
_lotta love for u (fiq) ahax~thanx again

Sunday, June 28, 2009

Rahsia nama

ingat nak shut down laptop dah tadi
tapi blogwalking jap
terjumpalah satu entry ni
dari blog zettysweet.blogspot.com
mengenai rahsia ejaan nama
so, takyah terangkan panjang lebar pun
korang mesti dah tahu nak buat kan?
so, i nak try la dulu for this name LIYANA (me larr)

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.....
B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru....
C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.....
D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.....
E - anda sentiasa seorang yang excited (ghairah).....
F - semua orang menyayangi anda.....
G - anda ada cara tersendiri untuk menilai manusia.....
H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan......
I - anda mudah tersenyum dan boleh membuat orang lain tersenyum...
J - anda seorang yang cemburu.....
K - anda suka mencuba sesuatu perkara yang baru.....
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam dengan perasaan ke dalamnya....
M - kejayaan mudah datang kepada anda....
N - anda suka berkerja. tetapi selalu mahukan kerehatan....
O - anda seorang yang berfikiran terbuka...
P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami...
Q - anda seorang yang hipokrit.....
R - anda seorang yang gemar sosial.....
S - anda seorang yang sangat broad-minded (fikiran terbuka)....
T - anda ada sikap canggih, amat canggih.....
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.....
V - fikiran anda baik sekali.....
W - anda suka menyendiri.....
X - anda tidak akan benarkan orang lain bagitahu apa yang sepatutyerr anda buat....
Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.....
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang....


Hasilnya:
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam dengan perasaan ke dalamnya.... √
I - anda mudah tersenyum dan boleh membuat orang lain tersenyum... √
Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah..... √
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda..... √

N - anda suka berkerja. tetapi selalu mahukan kerehatan.... √
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda..... √


semua yang bertanda √ maknanya ada kena mengena lah.hehe..semuanya pun...
tapi ini sekadar buat hiburan.Jangan terlalu mempercayai.Tak baik.

boring MONDAY...

huhu..
esok hari Isnin
kalau omputih
dia panggil boring monday
coz monday ni 1st time nak start keja balik
lepas dah lepak puas2 hari minggu
(tapi aku rehat hari ahad je) uwaa
selalunya hari isnin mood lum warming up lagi
tu yang nak gi keje pun malas-malas ayam
well, semoga esok lebih baik dari sebelum2 ni
amiiinn...
welcome back to work YANA!~

Award dari Bie (lagi) ^^


mekacih kepada Bie yang sudi memberikan daku award ini


syarat-syaratnya:

    nama : liyana MD basri
    url/website : http://www.loveygurl.blogspot.com/
    email : houri_gud@yahoo.com
    hobi : surfing, downloading, blogging, shopping ... ing...
    cita-cita : nak kaya !~ ngee ... (angan2 mat jenin)
    mula ngeblog : da banyak kali, tp stat serius rasanya baru tahun ni (bulan lepas)

i wanna give this award to:

sHah
kotak hati
fiq
munchie lovea
kiwi bulan




Friday, June 26, 2009

kenapa aku cikgu yang kerja kedai gambar? (pelik ke bunyinya?)

hmmm..kali ni entry pasal kat tempat kerja aku lagi u all mesti pelik (padahal tak pun)
kenapa aku kerja kat kedai gambr padahal header aku "Selamat pagi cikgu"
actually aku baru je habis praktikal sebagai seorang cikgu bulan April hari tu
ada orang pernah berkata 'once we become a teacher, we are always a teacher'
faham tak?
even aku belum menjadi cikgu yang sebenar
tapi masa aku jadi cikgu praktikal student aku dah panggil aku cikgu
sampailah bila-bila even aku dah nak bersara nanti pun
so aku ni tengah menunggu 'posting' dalam bulan 12
atau awal tahun depan
so daripada melanguk kat rumah
dan stress tahap cipan
better aku cari kerja dan enjoy yups,
memang aku enjoy dengan stafmate aku
gile & happening pastu
walaupun banyak buat silap
and kena pulak layan kerenah customer yang pelbagai alam
aku still happy coz aku dapat banyak pengalaman baru
dan belajar memahami sikap orang dan....
belajar menjadi orang penyabar
mungkin ramai member2 aku suggest aku
minta kerja guru ganti tapi aku tak minat sangat
aku suka mencuba benda baru kalau jadi guru ganti
nanti aku asyik bergelumang dengan perkara yang sama
>student, guru2, staf, sekolah, tugas2 berkaitan & tak berkaitan, tugas yang sama....busan
lagipun sebelum aku tension
bila nak melangkah ke alam sebenar perguruan
better aku relaks kan otak dulu
hehe
bukan nak kata kerja kedai gambar ni senang
tapi benda ni baru bagi aku
dan aku amat happy sebab aku cepat 'catch up'
bila aku cepat 'catch up' aku dapat wat keja dengan cepat
bila aku dapat wat keja dengan cepat
aku dapat berlagak macam org kerja dah lama t
akdelah orang macam tak percaya kat budak hingusan cam aku
tapi bab-bab gambar aku dah expert
aku kantoi bab fotostat
kalau setakat nak fotostat biasa aku lepas je
tapi kalau demand nak macam ni macam tu
aku dah mula gelabah
hehe
biasalah bagi budak baru belajar
aku ni dah la pelupa
pernah aku fotostat satu buku
aku tak perasan halamannya ada depan dan belakang a
ku juz copy helaian depan je tapi pakcik tu tak perasan kot
kalau dia perasan habis aku
tapi malam tu memang dia yang ngade2
padan muka dia
dah la ramai customer nak ambil gambar
dia datang bawak satu buku binding nak suruh fotostat
aku suh amik esok dia nak malam tu jugak
hmm kalau dah aku kalut2 dan kelam kabut jawabnya...
hancurlah buku ko ngeh3....
apapun, pada aku tugas ni pun mencabar gak
kalau guru akan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar
kalau kerja kat sini, kena berhadapan dengan kerenah bos, rakan sekerja,
customer pelbagai bangsa, umur...pelajar pun ramai =)
so...skop mana lebih luas??? pikirlah sendiri

award dari fiq


adoi...since kerja part time ni, agak penat dan busy la
tak sempat nak menziarah ke blog lain
entry kali ni pun pasal award yang disampaikan oleh saudara fiq
thanx ya fiq
its a gud job 4 a new beginner like us rite?
so, i juz nak tempek award dia kat sini lorh
and no syarat...
but i do have a request ^^
may I give this award to someone? hihi

award dari fiq

p/s: thanx buddy =)

Tuesday, June 23, 2009

"makcik terlupa bawa gigi, adik" ....


hehe..huhu...
dah lebih kurang 1 minggu lebih aku kerja
kat kedai gambar di pekan aku (pekan je...)
macam-macam pengalaman dan cerita menarik,
kelakar, sedih, seronok...sume pun ada
tapi yang paling mencuit hati aku
telatah seorang makcik dalam lingkungan 70 tahun ke atas ni
alkisahnya petang tu makcik ni datang dgn anaknya (30tahun ke atas)
pastu datang-datang berkaki ayam
aku nak tanya, takut dikatakan menyibuk pulak
aku pun fikir sendiri (mungkin sakit kaki kot)
pastu anak dia cakap nak tangkap gambar mak nye
nak gi haji katanya
yang makcik tu boleh tahan peramah
pot pet pot pet ....
siap dia bawak tudung ganti warna hitam
sebab takut tudung yang dia pakai (warna putih)
tak boleh pakai untuk tangkap gambar
(kalau gambar hitam putih zaman dulu memanglah tak boleh)
lepas tu masa aku dah sedia dengan kamera
tiba-tiba makcik tu pergi kat aku dan tersenyum-senyum
(sambil menutup mulutnya)


"adik, makcik terlupa bawa gigi makcik"
aduh, nak menangis aku dengar
aku pun cakap kat makcik tu "takpe"
janji makcik jangan ketawa
so aku cubalah menahan ketawa aku
buat seketika supaya makcik tu tak tergelak
yang hanya akan menunjukkan barisan 'gigi' nya


ada lagi tu
makcik ni masa duduk kepalanya senget sebelah kanan
nak bagi salam dalam solat
so aku suruh betulkan ke kiri sikit
tapi senget sebelah kiri gak
aku da oter2 pun tak boleh gak
nasib baiklah makcik ni innocent jek
aku pun tak kisahlah
lepas tu da siap tangkap gambar
anak lelaki makcik tu masuk kedai
dan bertanya...
"mak, kenapa mak tinggal kasut kat luar?"
(laa..rupa-rupanya dia tanggalkan kasut kat luar ke...)
haru betul...