Tuesday, June 23, 2009

"makcik terlupa bawa gigi, adik" ....


hehe..huhu...
dah lebih kurang 1 minggu lebih aku kerja
kat kedai gambar di pekan aku (pekan je...)
macam-macam pengalaman dan cerita menarik,
kelakar, sedih, seronok...sume pun ada
tapi yang paling mencuit hati aku
telatah seorang makcik dalam lingkungan 70 tahun ke atas ni
alkisahnya petang tu makcik ni datang dgn anaknya (30tahun ke atas)
pastu datang-datang berkaki ayam
aku nak tanya, takut dikatakan menyibuk pulak
aku pun fikir sendiri (mungkin sakit kaki kot)
pastu anak dia cakap nak tangkap gambar mak nye
nak gi haji katanya
yang makcik tu boleh tahan peramah
pot pet pot pet ....
siap dia bawak tudung ganti warna hitam
sebab takut tudung yang dia pakai (warna putih)
tak boleh pakai untuk tangkap gambar
(kalau gambar hitam putih zaman dulu memanglah tak boleh)
lepas tu masa aku dah sedia dengan kamera
tiba-tiba makcik tu pergi kat aku dan tersenyum-senyum
(sambil menutup mulutnya)


"adik, makcik terlupa bawa gigi makcik"
aduh, nak menangis aku dengar
aku pun cakap kat makcik tu "takpe"
janji makcik jangan ketawa
so aku cubalah menahan ketawa aku
buat seketika supaya makcik tu tak tergelak
yang hanya akan menunjukkan barisan 'gigi' nya


ada lagi tu
makcik ni masa duduk kepalanya senget sebelah kanan
nak bagi salam dalam solat
so aku suruh betulkan ke kiri sikit
tapi senget sebelah kiri gak
aku da oter2 pun tak boleh gak
nasib baiklah makcik ni innocent jek
aku pun tak kisahlah
lepas tu da siap tangkap gambar
anak lelaki makcik tu masuk kedai
dan bertanya...
"mak, kenapa mak tinggal kasut kat luar?"
(laa..rupa-rupanya dia tanggalkan kasut kat luar ke...)
haru betul...

4 comments:

Kotak Hati said...

hahhaha..
seyes klakar...
kalo bosan..g la jumpe makcik tu..
hu3
memg haru btol..

yana@shopaholic said...

cane nk jumpe
taktau duk mane
2la kalu mkcik 2 duk kat kedai
sure ktorag gelak 24jam

.:kiwi-buLan:. said...

kalu nk jumpe ushar la anak die..nnti ari2 bley jumpe mkcik tu kt umah die=))

anonymous said...

wahahha...

baeknya makcik tue..

kesian pn ada gak..

makcik2 kebanyakkan mesti ada adegan

kesian.. huh!!

sronok2 baca. 1st tyme bkak blog ni..